Tuesday, 24 September 2013

Kita Sama ^,^v

Dalam dunia ni kan semua orang rasa dia yang paling bagus.  Chai mai ? Betul tak? Tipulah siapa yang cakap tak tu..... huhuhu. Walaupun pada pandangan mata umum orang rasa dia tak bagus pun. Tapi apa salahnya perasan sikit. (lagi teruk kalau takde perasaan)

Ok cite pasal bagus tak bagus ni. Di tempat kerja biasanya bila orang bawahan bagi pandangan jarang sangat orang atasan nak terima betul tak? atau mungkin pandangan daripada orang bawahan tu tak bagus so orang bawahan yang perasan bagus atau dengan kata lain syok sendiri? atau mungkin juga orang atasan tu rasa dia sentiasa bagus sebab dia bos? Entahlah... cek pun tak taw nak kata apa.... Zzzzzzzz....

Bagi saya bos ke orang bawahan ke sama je. Dua- dua orang... (yela takkan monyet plak kot), dua- dua pekerja (yela bos pun kerja jugak kan)... Setakat ni sejak kecik sampai besar, berdasarkan pemerhatian saya susah jumpa bos baik, anak buah / orang bawahan baik... (kecik2 dah perhati orang dah... hebat x cek?).... yela, semuanya sebab mulut... mulutlah yang melahirkan kata- kata serta ucapan. Tak kisahlah kata- kata yang manis ke jahat ke lazer ke dan apa- apa ke lah lagi...

Senang cite tiada yang sempurna dalam dunia ni... Baik bos baik orang bawahan. Tak semua kerja kita hasilkan sentiasa bagus selalu. kan? kan? kan? Bos... kalau anak buah buat silap, mulut janganlah lazer sangat....Anak buah pun janganlah buat silap selalu sampai nak naik angin kat bos sebab kena marah punya pasal... Yang PASTI kita sama. Semuanya hamba ALLAH S.W.T... Jagalah kata- kata serta ucapan kita. Peringatan untuk saya juga... Peace ^,^v